Hadith 10:
PengKhabaran Rasulullah Tentang al-Fitan
PengKhabaran Rasulullah Tentang al-Fitan
حدثنا أبو اليمان أخبرنا شعيب عن الزهري (ح) وحدثنا إسماعيل حدثني أخي عن سليمان عن محمد بن أبي عتيق عن ابن شهاب عن هند بنت
الحارث الفراسية أن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت: استيقظ رسول
الله صلى الله عليه وسلم ليلة فزعا يقول ( سبحان الله ماذا أنزل الله من
الخزائن وماذا أنزل من القتن من يوقظ صواحب الحجرات – يريد أزواجه لكي يصلين- رب
كاسية في الدنيا عارية في الأخرة ).
Maksudnya:
Abu al-Yaman telah menceritakan kepada kami, Shu’aib telah mengkhabarkan
kepada kami, ح, Ismail telah menceritakan kepada kami,
saudaraku telah menceritakan kepadaku daripada Sulaiman daripada Muhammad bin
Abi Atiq daripada Ibn Shihab daripada Hindun binti al-Harith al-Firasiyyah,
bahawa Ummu Salamah isteri Nabi SAW berkata, Rasulullah SAW telah bangun pada
waktu malam dengan mengejut dan bersabda: “Apa yang Allah turunkan daripada
harta-harta dan apa yang Allah turunkan daripada fitnah? Siapakah yang boleh
menolong untuk mengejutkan puan-puan ( Isteri-isteri ) empunya bilik supaya
mereka solat. Boleh jadi orang yang memakai pakaian di dunia tidak akan
berpakaian di akhirat”.
(BUKHARI.
KITAB ILMU. BAB ILMU DAN NASIHAT DI MALAM HARI. NO HADITH 6658)
Keterangan
Hadith :
Maksud Imam Bukhari tentang bab mengajarkan ilmu di malam hari
adalah menjelaskan bahawa larangan bercengkerama setelah isyak’ adalah khusus
dalam masalah yang tidak ada unsur kebaikannya. سبحان الله ماذا. Kata istifham (pertanyaan) dalam kalimah ini menggambarkan
rasa takjub dan pengagungan. أنزل (Diturunkan). Maksudnya, bahawa para malaikat telah turun untuk
memberitahukan tentang perkara-perkara yang telah ditetapkan, atau Nabi S.a.w
bermimpi telah diturunkan wahyu kepada baginda mengenai bencana dan fitnah yang
akan terjadi setelah meninggalnya.صواحبات الحجر. Maksudnya, rumah-rumah para isteri Nabi s.a.w . Dikhususkannya
mereka untuk dibangunkan, adalah kerana pada saat itu mereka hadir atau juga
hal ini termasuk “Mulailah dari diri anda sendiri kemudian baru keluarga anda”.
Pengajaran
hadith :
1).
Seorang suami disarankan supaya membangunkan isteri dan ahli keluarganya di
malam hari untuk menunaikan ibadah terlebih lagi tatkala terjadi/muncul
tanda-tanda kebesaran Allah.
2).
Anjuran untuk bersegera melakukan solat tatkala merasa takut datangnya
keburukan, demikian pula kebiasaan Nabi s.a.w kalau sedang merasa tertekan
akibat suatu perkara maka beliau segera menunaikan solat.
3).
Boleh mengucapkan tasbih (subhanallah) ketika menyaksikan sesuatu yang
mengerikan (maksudnya turunnya fitnah).
Rujukan:
Ibn
Hajar al-Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari.
Penterjemah: Gazirah Abdi Ummah. Cet. 9. Jil. 1. Jakarta: Pustaka Azzam. Hlm
402-403.
No comments:
Post a Comment