Hadith 20:
Perang Di Sekitar Sungai Furat Kerana Merebut
Kekayaan
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ
- يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيَّ - عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ تَقُومُ
السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ يَقْتَتِلُ النَّاسُ
عَلَيْهِ فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ
مِنْهُمْ لَعَلِّي أَكُونُ أَنَا الَّذِي... أَنْجُو " .
)كتاب
الفتن وأشراط الساعة, باب لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ
جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ,٢٨٩٤, صحيح مسلم (
Maksudnya:
Qutaibah bin Said telah menceritakan kepada
kami, Ya’qub iaitu Ibn Abd al-Rahman al-Qari telah menceritakan kepada kami,
daripada Suhail daripada bapanya daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah
SAW bersabda: “Tidak berlaku hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai
Euphrates, iaitu sebuah sungai yang terdapat di Iraq) menjadi surut airnya
sehingga kelihatan sebuah gunung emas. Banyak orang yang terbunuh kerana
berebut mendapatkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan dari seratus
orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata. ‘Mudah-mudahan
akulah orang yang selamat itu’.”(HR Muslim)
Keterangan Hadith:
Hadis ini jelas sekali menerangkan kepada kita,
di negara Iraq dan sekitarnya akan tersebar peperangan yang disebabkan merebut
harta kekayaan yang terdapat di tempat tersebut, banyak yang menjadi korban dan
semua yang terlibat bercita-cita hanya dia akan terselamat dari bala tersebut.
Pengajaran Hadith:
1. Mendidik hati agar tidak taksub kepada harta
dunia dan sentiasa berdoa agar dihindari daripada fitnah harta.
2. Perpada-pada dalam mencari harta di dunia,
ia perlu diseimbangkan dengan amalan ibadah kepada Allah sebagai bekalan di
Akhirat.
Rujukan:
Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj.
Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 8. No. Hadith 2894.
Halaman: 1160.
Abu Ali al-Banjari
An-Nadwi. 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman. 2000. Khazanah Banjariah : Kedah.
Halaman 69-70.
No comments:
Post a Comment