Hadith 8:
Fitnah yang Mengenai Semua Rumah
Fitnah yang Mengenai Semua Rumah
حدثنا الحميدي حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا عبد الله بن العلاء بن
زبر قال: سمعت بسر بن عبيد الله أنه سمع أبا إدريس قال: سمعت عوف بن مالك قال:
أتيت النبي صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك- وهو في قبة من أدم- فقال: اعدد ستا
يدي الساعة: موتي ، ثم فتح بيت المقدس، ثم موتان بأخذ فيكم كقعاص الغنم، ثم
استفاضة المال حتى يعطى الرجل مائة دينار فيظل ساخطا، ثم فتنة لا يبقى بيت من
العرب إلا دخلته، ثم هدنة تكون بينكم وبين بني الأصفر فيغدرون، فيأتونكم تحت
ثمانين غاية تحت كل غاية اثنا عشر ألفا
Maksudnya:
Al-Hamidi
telah menceritakan kepada kami, al-Walid bin Muslim telah menceritakan kepada
kami, Abdullah bin al-Ala’ bin Zubir telah menceritakan kepada kami, dia
berkata, aku mendengar Basar bin Ubaidullah bahawa dia mendengar Abu Idris
berkata, aku mendengar Auf bin Malik berkata: Aku berjumpa Nabi SAW dalam
perang Tabuk dan Rasul SAW berada di dalam khemah daripada kulit binatang. Nabi
SAW bersabda: kiralah enam perkara sebelum kiamat. 1. Kematianku 2. Pembukaan
Bait al-Maqdis 3. Kematian yang besar yang akan mengambil kamu sama seperti
penyakit ulat pada kambing ( iaitu taun yang berlaku kepada penduduk Syam) 4.
Harta melimpah sehingga lelaki diberi seratus dinar namun dia tetap marah 5.
Fitnah yang akan kena semua rumah orang Arab 6. Perdamaian antara kamu dengan
orang-orang Rom lalu mereka akan memungkiri janji dan mereka akan datang dengan
80 bendera dan setiap satu bendera ada 12 ribu bala tentera.
(BUKHARI.
KITAB JIZYAH. BAB PENGKHIANATAN YANG HARUS DIWASPADAI. NO HADITH 2940)
Keterangan
Hadith :
(ستا) Maksudnya, enam tanda-tanda akan terjadinya Kiamat, atau
tampak tanda-tanda yang mendekati terjadinya Kiamat.ثم موتان Kemudian
kematian,
Al-Qazzaz
berkata, “ Kata ‘mutaan’ bermakna kematian”. Sementara ulama lain selain
daripadanya berkata, “Maknanya adalah kematian yang sangat banyak”.
Dalam
riwayat Ibnu as-Sakan disebutkan “mautataan” (dua kematian), iaitu dalam bentuk
tatsniyah (ganda). Dengan demikian, harus dibaca fathah pada huruf pertama.
كعقاص الغنم (sama
seperti penyakit kambing). Uqash adalah penyakit yang menimpa haiwan ternakan
di mana air keluar dari hidungnya dan mengakibatkan kematian mendadak. Abu
Ubaid berkata, “dari sini diambil kata iq’ash, iaitu kematian”. Ibnu Faris
berkata, “Uqash adalah penyakit yang menimpa di bahagian dada seakan-akan
mematahkan leher”. Dikatakan bahawa tanda kiamat ini telah nampak saat menyebar
wabak ta’un anwas di masa pemerintahan umar, dan hal itu terjadi setelah
pembebasan Baitul maqdis.
ثم استفاضة المال( kemudian harta melimpah).
Tanda kiamat ini nampak pada masa pemerintahan Uthman bin Affan ketika terjadi pembebasan secara
besar-besaran, dan fitnah yang disenyalir dimulai dengan terbunuhnya Uthman.
Setelah itu bencana dan fitnah terjadi. Sedangkan tanda Kiamat keenam yang
disebutkan pada hadith ini belum pernah berlaku.
هدنة(perdamaian). Maksudnya,
mengikat perjanjian untuk tidak melakukan peperangan setelah terjadi gerakan
peperangan. Adapun yang dimaksudkan dengan bani Ashfar adalah bangsa Romawi.
غاية (Ghaayah). Iaitu, panji. Panji
dinamakan ghaayah (tujuan), kerana ia adalah sesuatu yang diikuti, jika
berhenti maka pasukan pun akan berhenti.
Pengajaran Hadith:
1. Umat Islam diingatkan supaya meneliti segala tanda kiamat yang telah disabdakan oleh Baginda Nabi SAW.
2. Manusia mesti sentiasa bersedia dan berwaspada dengan segala tanda yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.
Rujukan:
( Ibn Hajar al-Asqalani. 20009. Fathul Baari
Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Amiruddin. Cet. 3. Jil. 16. Hlm
870-875. )
No comments:
Post a Comment