Hadith
4:
Perangi
Kaum Yahudi
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ
بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ - يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ - عَنْ
سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه
وسلم قَالَ " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ
الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ
الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ
الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ
فَاقْتُلْهُ . إِلاَّ الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ " .
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, بَاب لَا تَقُومُ
السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَتَمَنَّى أَنْ
يَكُونَ مَكَانَ الْمَيِّتِ مِنْ الْبَلَاءِ,٢٩٢٢, صحيح مسلم )
Maksud Hadith :
Qutaibah bin Said telah menceritakan kepada kami, Ya‘qub iaitu
Ibn Abd al-Rahman telah menceritakan kepada kami daripada Suhail daripada
bapanya daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan
terjadi kiamat sebelum kaum muslimin memerangi kaum Yahudi. Apabila kaum Yahudi
itu bersembunyi di balik batu dan pohon kayu, maka batu dan pohon kayu itu
berkata: “Wahai muslim, ini ada orang Yahudi di belakangku, marilah, bunuhlah
dia.” Kecuali pohon Ghorqod (sejenis pohon yang berduri) kerana pohon itu
adalah pohon Yahudi. (HR. Muslim)
Keterangan Hadith :
Yahudi sejak dari dahulu lagi merupakan kaum yang sentiasa
memerangi agama Allah. Nabi-nabi terdahulu dihantar untuk tujuan menegakkan agama
Allah telah dicaci, dihina malah ada juga yang telah dibunuh oleh mereka. Namun,
suatu hari nanti kita akan dapat mengalahkan kaum Yahudi ini. Akan tiba masa
kaum muslimin seluruh dunia akan bersatu, berada di bawah satu panji, satu
tujuan iaitu untuk meninggikan kalimat Allah. Para mujahidnya akan berjuang
dengan niat untuk mencari keredhaan Allah seperti yang dilakukan oleh para
sahabat zaman Rasulullah dahulu. Allah akan memberikan pertolongan. Orang-orang
Yahudi akan dapat dikalahkan, mereka lari bertempiaran, mencari tempat
persembunyian di bawah pokok, di balik batu dan sebagainya. Sungguh ajaib pokok
dan batu pada ketika itu seolah-olah turut sama menolong umat Islam.
Pengajaran Hadith :
1. Seluruh kaum Muslimin
mestilah bersatu, memantapkan tahap keimanan juga turut mempersiapkan diri
untuk menghadapi musuh-musuh Allah.
2. Yahudi adalah kaum yang paling degil serta mempunyai banyak
sejarah dan ramai nabi dihantar kepada mereka untuk tujuan dakwah namun ada
diantara mereka yang membunuh nabi utusan Allah kepada mereka.
Rujukan :
Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim.
Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 18. No. Hadith 2922. Halaman:
1171.
Drs. H. Syahrin Nasution. 2003. 50 Hadis Menceritakan Dunia
Akhir Zaman. Pustaka Syuha: Kuala Lumpur. Halaman: 107- 109
No comments:
Post a Comment