Hadith 15:
Kemunculan Fitnah
حَدَّثَنَا عَيَّاشُ بْنُ الْوَلِيدِ أَخْبَرَنَا
عَبْدُ الأَعْلَى حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَقَارَبُ
الزَّمَانُ وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ وَيُلْقَى الشُّحُّ وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ
وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ ". قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّمَ هُوَ.
قَالَ " الْقَتْلُ الْقَتْلُ ".
وَقَالَ شُعَيْبٌ
وَيُونُسُ وَاللَّيْثُ وَابْنُ أَخِي الزُّهْرِيِّ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ
حُمَيْدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم.
)كتاب
الفتن, باب ظُهُورِ الْفِتَنِ, 7061, حديث صحيح(
Maksudnya:
‘Ayyash bin al-Walid telah menceritakan kepada
kami, Abd al-A’la telah mengkhabarkan kepada kami, Ma’mar telah menceritakan
kepada kami daripada al-Zuhri daripada Said dari Abu Hurairah daripada Nabi
SAW, baginda bersabda, “Waktu berdekatan, amalan semakin berkurang, kekikiran
semakin dipraktikkan, munculnya fitnah dan banyak terjadi harj.” Mereka yakni
para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan harj
itu?” Baginda bersabda, “Pembunuhan pembunuhan”.
Syu’aib, Yunus, al-Laith dan putra saudara
al-Zuhri berkata, Daripada Al-Zuhri, daripada Humaid daripada Abu Hurairah daripada
Nabi SAW.
(Kitab Fitan, Bab Kemunculan Fitnah, 7061,
Shahih Bukhari)
Keterangan Hadith :
Pada akhir zaman ini, banyak terjadinya fitnah
yang mampu merosakkan institusi masyarakat dan negara itu sendiri. Di antara
faktor yang menyebabkan berlakunya fitnah adalah seperti :
Terlalu taksub atau mengikut dorongan perasaan
iri hati dan dengki terhadap orang lain, ditambah lagi dengan kurangnya ilmu
dan iman di dalam diri, menyebabkan perasaan ini sukar untuk dibendung.
Ingin mendapatkan kepercayaan dan kuasa orang
terhadap diri dan dakwaannya.
Dalam hadith di atas, ada menyatakan bahawa di
akhir zaman ini akan munculnya fitnah dan banyak terjadinya pembunuhan. Ini
kerana perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam dari pembunuhan , kerana
kesan kerosakannya adalah lebih teruk. Jika dengan membunuh, mangsanya mungkin
seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya
akan berlanjutan sehingga bertahun-tahun.
Disebabkan demikian, umat Islam sewajarnya
tidak menerima apa-apa berita itu secara membuta tuli sahaja. Malah ia perlu
diselidiki, adakah ia khabar yang benar atau palsu lebih-lebih lagi berita yang
menyentuh kehormatan seseorang.
Pengajaran Hadith:
Dosa membuat fitnah adalah dosa sesama manusia.
Dosa ini tidak akan di ampunkan oleh Allah memlainkan orang yang difitnah itu
yang memberikan keampunan.
Perbuatan fitnah adalah perbuatan mengadu-domba
yang mudah mengakibatkan permusuhan diantara dua pihak yang dikaitkan dengan
sesuatu fitnah.
Kita perlu sentiasa memperbaiki amalan ke arah
kebaikan.
Rujukan:
Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Bi Sharh
Shahih Al-Bukhari. Juzuk 13. Dar Makrifah: Beirut. Kitab 92. Bab 5. Halaman
13-19.
No comments:
Post a Comment