Hadith 3:
Larangan Mengacukan Senjata
Kepada Muslim
حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ
أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ هَمَّامٍ سَمِعْتُ أَبَا
هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ يُشِيرُ
أَحَدُكُمْ عَلَى أَخِيهِ بِالسِّلاَحِ فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِي لَعَلَّ
الشَّيْطَانَ يَنْزِعُ فِي يَدِهِ فَيَقَعُ فِي حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ
".
Maksudnya:
Muhammad
telah menceritakan kepada kami, Abd al-Razzaq telah mengkhabarkan kepada kami
daripada Ma‘mar daripada Hammam, aku mendengar Abu Hurairah daripada Nabi SAW
bersabda: “Janganlah seseorang mengacukan senjatanya kepada saudaranya sesama
muslim, kerana dia tidak tahu syaitan akan mempengaruhinya sehingga dia akan
membunuh saudaranya itu, lalu dia akan masuk neraka”.
Keterangan
hadith :
Dalam
hadith ini terdapat larangan melakukan sesuatu yang dapat mendorong seseorang
kepada perbuatan terlarang meskipun larangan itu belum pasti dilakukan, baik
dia bersungguh-sungguh atau pun hanya bergurau. Menurut al-Tin, maksud
perkataan yanzi’uhuu adalah mencabutnyaa dari tangan orang itu dan menghalakan
kepada saudaranya, atau dia mendorong tangannya agar menimpa saudaranya. Sebagaimana
yang disebut dalam hadith Abu Hurairah yang bermaksud “Para malaikat melaknat
salah seorang kamu jika menunjuk ke arah orang yang lain dengan besi tajam
meskipun itu adalah saudaranya sebapa dan seibu.” Oleh itu, kita dilarang untuk
bermain-main dengan alat yang tajam walaupun tanpa sebarang niat yang jahat
kerana dikhuatiri akan terdorong dengan bisikan syaitan.
Pengajaran
Hadith :
1.
Islam melarang umatnya daripada mengacu atau mengarahkan senjata kepada sesama muslim.
2.
Dalam hadith lain daripada Imam Muslim juga menyebut larangan membawa senjata
di kawasan lapang yang mempunyai ramai orang. Hal ini menunjukkan Nabi SAW
mementingkan silaturrahim antara umat Islam.
Rujukan:
(Ibnu
Hajar al-Asqalani, 2009, Fath al-Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari .
Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam.
Kitab al-Fitan. Bab 7. Halaman 72-80.)
No comments:
Post a Comment