Hadith
5:
CARA ALLAH MENCABUT ILMU
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي أُوَيْسٍ قَالَ : حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ص يَقُولُ : " إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا " قَالَ الْفِرَبْرِيُّ : حَدَّثَنَا عَبَّاسٌ قَالَ : حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ هِشَامٍ نَحْوَهُ.
Maksudnya :

Ismail bin Abi Uwais telah
menceritakan kepada kami, dia berkata, Malik telah menceritakan kepadaku
daripada Hisham bin Urwah daripada bapanya daripada Abdullah bin Amr bin al-As katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Allah tidak menarik kembali ilmu pengatahuan dengan jalan mencabutnya dari
hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengatahuan
(ulama). Apabila orang berpengatahuan telah punah, maka masyarakat akan
mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat
bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan
menyesatkan.”
Penerangan Hadith :
(Allah SWT tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya) atau menghapus ilmu dari lubuk hati sanubari. Rasulullah SAW mengucapkan hadith ini pada saat haji wada’, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tabrani dari hadith Abu Umamah, bahawa saat haji wada’ Nabi SAW bersabda, “Pelajarilah ilmu sebelum datang masa punahnya ilmu tersebut.” Arabi berkata, “Bagaimanakah cara ilmu diangkat atau dipunahkan? Baginda bersabda, “Punahnya ilmu itu dengan punahnya para ulama’ (orang yang menguasai ilmu tersebut.”
Pengajaran Hadith:

Hadith ini menganjurkan
untuk menjaga ilmu, peringatan bagi pemimpin yang bodoh, peringatan bahawa yang
berhak mengeluarkan fatwa adalah pemimpin yang benar-benar mengetahui, dan
larangan bagi orang yang berani mengeluarkan fatwa tanpa berdasarkan ilmu
pengetahuan. Hadith ini juga dijadikan alasan oleh jumhur ulama’ untuk
mengatakan bahawa pada zaman sekarang ini tidak ada lagi seorang mujtahid.
Rujukan:
Rujukan:
Ibnu Hajar Al Asqalani.
2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Gazirah
Abdi Ummah. Cetakan 9. Jilid 1. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitabul Ilmi. Bab 34.
Halaman 374-375.
No comments:
Post a Comment