Hadith 18:
Perkara-perkara Yang Diingkari
حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ
بْنُ زَيْدٍ عَنْ الْجَعْدِ أَبِي عُثْمَانَ حَدَّثَنِي أَبُو رَجَاءٍ الْعُطَارِدِيُّ
قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ رَأَى مِنْ
أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ
شِبْرًا فَمَاتَ إِلَّا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
Maksudnya:
Abu Nu’man telah menceritakan kepada kami,
Hammad bin Zaid telah menceritakan kepada kami daripada al-Ja’d bin Abi Uyhman,
Abu Raja’ al-‘Uthardi telah menceritakan kepadaku, dia berkata, aku mendengar
Ibn Abbas daripada Nabi SAW bersabda: Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas ra
bahawa Nabi Saw pernah bersabda: "Sesiapa yang melihat sesuatu daripada
pemimpinnya yang tidak disukainya, hendaklah dia bersabar, kerana orang yang
memisahkan diri dengan pemimpinnya meskipun sejengkal, maka dia akan mati dalam
jahiliyah".
Keterangan Hadith:
Ketaatan kepada pemimpin adalah salah satu
kewajipan dalam agama, bahkan agama tidak akan tegak tanpanya. Hal ini kerana
suatu kemaslahatan umat tidak akan dicapai melainkan umat masyarakat tersebut
bersatu di bawah satu jemaah dan satu kepimpinan yang adil dan saksama.
Imam Bukhari berkata: “Aku telah berjumpa
dengan 1000 lebih para ulama di Hijjaz, Mekah, Madinah, Kufah, Bashraah,
Wasith, Baghdad, Syam dan Mesir. Aku berjumpa dengan mereka berulang-ulang kali
dari satu generasi ke generasi lain. Aku tidak pernah melihat seorangpun
daripada mereka yang berbeza pendapat dalam sesuatu masalah.” Berdasarkan sabda
Nabi SAW: “Ada 3 perkara di mana hati seseorang muslim tidak akan dengki
terhadapnya iaitu mengikhlaskan amalan kerana Allah, mentaati perintah dan
komitmen dengan al-jamaah kerana doa kepada pemerintah akan berkaitan juga
dengan rakyatnya.” Selain itu, al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Para
ulama telah bersepakat atas kewajipan taat kepada pemimpin yang menang (dalam
merebut kekuasaan) dan wajib jihad bersamanya. Taat kepadanya lebih baik
daripada membangkang kepadanya kerana hal tersebut akan mencegah pertumpahan
darah dan menjamin kesejahteraan rakyat”.
Pengajaran Hadith:
1. Wajib ke atas kita untuk mentaati pemerintah
yang melaksanakan syariat Islam sebenar-benarnya.
2. Elakkan diri daripada terjerumus ke dalam
kancah perpecahan dan perselisihan.
(Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari
Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama.
Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 2. Halaman 9-23.)
No comments:
Post a Comment