Hadith
12:
Fitnah
Muncul Dari Arah Timur ( Masyriq )
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ " وَهُوَ مُسْتَقْبِلٌ الْمَشْرِقَ يَقُولُ : أَلَا إِنَّ الْفِتْنَةَ هَا هُنَا مِنْ حَيْثُ يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ".
Maksudnya:
Qutaibah
bin Said telah menceritakan kepada kami, al-Laith telah menceritakan
kepada kami daripada Nafi’ daripada Ibn Umar r.a, bahawa dia mendengar
Rasulullah SAW bersabda sambil menghadap ke Timur (Masyriq) kemudian bersabda:
“Fitnah muncul dari arah ini, dari tempat keluarnya tanduk syaitan”.
(Sumber: Sahih Bukhari, Kitab Fitan, Bab Fitnah Muncul dari Arah Timur ( Masyriq ), No hadith: 6564)
Keterangan Hadith:
Hadith
ini menjelaskan bahawa fitnah muncul dari arah timur, ini dapat dibuktikan
dengan pendapat oleh al-Muhallab, beliau mengatakan bahawa: “Nabi Muhammad SAW
tidak mendoakan untuk penduduk timur tujuannya adalah untuk melemahkan mereka
daripada keburukan yang akan terjadi dari arah mereka ini disebabkan syaitan
menguasainya dengan menyebarkan fitnah”. Di samping itu, Ibn Hajar rahimahullah
berkata: “ Pada saat itu penduduk timur ( Masyriq ) adalah orang-orang kafir
maka disebabkan itu Nabi Muhammad SAW memberitahu bahawa fitnah muncul dari
arah tersebut dan terjadi seperti yang Baginda SAW khabarkan. Fitnah pertama
muncul dari arah timur yang menjadi sebab perpecahan antara kaum Muslimin.
Tentu sahaja hal ini termasuk perkara yang disukai syaitan serta menggembirakannya.
Begitu juga, bid’ah-bid’ah muncul dari arah tersebut”.
Pengajaran Hadith:
1.
Munculnya kaum Tatar pada abad ke tujuh belas Hijriyyah dari arah timur. Dengan
sebab tangan-tangan merekalah terjadi banyak penghancuran, pembunuhan
sebagaimana yang telah dimuatkan dalam buku- buku sejarah.
2.
Sehingga saat ini sentiasa timur menjadi sumber fitnah, bid’ah, khurafat, dan
atheisme. Fahaman komunis yang tidak mengakui adanya tuhan berpusat di negara
Rusia dan Cina, keduanya ada di arah timur, dan datangnya Dajjal serta Yakjuj
dan Makjuj dari arah timur. Hanya kepada Allah kita memohon perlindungan dari
segala fitnah yang nampak secara zahir dan tersembunyi.
3.
Sebahagian fitnah merupakan tanda-tanda kiamat yang telah disebutkan oleh
Rasulullah SAW seperti peristiwa Siffin dan juga munculnya kaum Khawarij.
Rujukan:
(
Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari .
Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam.
Kitab al-Fitan. Bab 16. Halaman 149-157).
No comments:
Post a Comment